Skip to main content

Nauzubillah Min Zalik, Inilah Golongan Yang Akan Buta Matanya Di Akhirat. Mohon Baca Dan Sebarkan…


Ramai manusia diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan celik, boleh melihat dengan sempurna ciptaan Allah SWT, boleh makan dan minum, berjalan dan lain-lain lagi.
Tetapi pada hari akhirat nanti ada di antara orang-orang yang celik di dunia ini dibangkitkan oleh Allah SWT dalam keadaan buta.

Kenapakah mereka ini dibangkitkan dalam keadaan sedemikian?
Jawapannya ialah kerana mereka ini berpaling daripada ajaran Allah yang sebenar, tidak melakukan perintah Allah, sebaliknya melakukan maksiat dan membuat dosa-dosa besar serta menzalimi orang lain, matanya tidak digunakan untuk melihat kebenaran, sebaliknya digunakan untuk melihat kebatilan.

Orang-orang seperti ini hidup di dunia akan disempitkan, tidak tenang, menderita dan ditimpa musibah. Manakala di akhirat pula, mereka menjadi buta sebagai balasan keingkaran ketika berada di dunia.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Ia berkata: ‘Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, pada hal aku dulu celik’?”(Surah Taha (20) ayat 124-125)
Perbuatan kita semasa di dunia menentukan kedudukan di sisi Allah SWT di akhirat dan begitulah sebaliknya. Jika kita benar-benar taat dan akrabnya di dunia dengan Allah SWT, maka di akhirat pastinya Allah SWT akan mendampingi kita.

Siapa yang mengikut petunjuk Allah mereka tidak akan sesat dan tidak pula akan menderita sengsara ditimpa azab pada hari kiamat nanti. Sesiapa yang ingkar daripada mengikut petunjuk Allah sesungguhnya kehidupan mereka pada hari kiamat nanti sukar, sempit dan dan dihidupkan dalam keadaan buta. Demikianlah balasan terhadap orang-orang yang diberi peringatan tetapi lalai dan ingkar, lalu Allah melupakan mereka pada hari kaimat nanti sebagaimana mereka lupa kepada Allah semasa berada di dunia.

Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. (Surah Taha (20) ayat 126)
Seorang sahabat Nabi, Samurah bin Jundab berkata: “Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah SWT, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya. Barang siapa yang menghormati perintah Allah, lalu bersegera melakukannya, menjauhkan diri daripada larangan Allah, juga berusaha menghiasi diri dengan adab-adab Islam, maka kedudukan di sisi Allah pun terhormat.”
Jika mata jika dihalakan kepada kemaksiatan boleh menyebabkan seseorang itu menerima azab di akhirat. Begitu juga mulut, kaki, tangan dan anggota lain perlu dihalakan kepada ketaatan kepada Allah SWT barulah beroleh selamat dan kasih sayanag Allah SWT.

Justeru, marilah sama-sama kita menghitung diri, adakah kita sudah cukup amalan untuk bertemu dengan Allah SWT di akhirat kelak, adakah segala amalan di dunia ini dijamin pahala di akhirat. Ingatlah segala amalan akan diperhitungkan.

Sumber

Comments

Popular posts from this blog

Sayu : Mesej Terakhir 3 Jam Sebelum Maut .. Cikgu Ida Dan Anak Sulung Nya Maut Kereta Bertembung (10Gambar)

Setiu: Mesej terakhir Cikgu Noraida buat rakan nya 3 jam sebelum pergi buat selamanya dia dan anak sulung nya maut kemalangan. Cikgu Ida ada menghantar mesej kepada rakan sejawatnya Cikgu Cik Siti Hajar tanda ucapan tahniah buat sahabat nya itu kerana kenaikan kan gred gaji. Sungguh tidak disangka bagi Cikgu Cik Siti Hajar ini merupakan mesej terakhir arwah buat nya 3 jam sebelum cikgu cik siti hajar di jemput ilahi terlibat dalam kemalangan tengahari semalam. Apa yang berlaku mengundang pilu Cikgu Cik Siti Hajar dia amat terkejut dengan apa yang berlaku kepada sahabatnya itu, ini lauhan sayu beliau dilaman sosial nya. Allah ya Allah sedihnyeeeee geng assaimen UUM telah pergi buat selamanya.. jam 10 pg td dia wish kat fb aja ucap tahniah kerana kenaikan DG 44 aja dan inilah ucapan terakhir darinya.. innalillahiwainnahirojiun sahabatku Noraida Jalil ... pagi td awk msg wish kat fb sy.... magrib ni sy dpt brita awk dah xde lagi ...... 😭 sahabat semua sedekahkan lah ...

Sayu : Kejam!! Lelaki Bertopengkan Iblis Ro9ol Bayi 3 Bulan Di Hari Raya (2Foto)

Binatang!! Itulah yang selayaknya digelar untuk lelaki ini. Apabila nafsu serakah menguasai diri, sanggup melakukan perkara terkutuk yang memalukan! Seorang bayi perempuan berusia 3 bulan lapan hari disyaki menjadi mangsa cabul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Rhu Muda. Dilaporkan kejadian berlaku ketika bayi terbabit ditinggalkan keluarga di rumah milik saudara keluarga mangsa ketika berhari raya, sebelum masing-masing keluar bermain di pantai yang berhampiran pada waktu petang. Menurut info, ibu mangsa menyedari kejadian menimpa anaknya apabila mahu memandikan bayi terbabit ketika berada di rumahnya di Kampung Binjai, Kemaman pada keesokkan hari. Ketika memandikan bayi berkenaan, wanita terbabit mendapati ada kesan kemasukan objek pada kemaluan anaknya sebelum membawa ke klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman. Mengesyaki sesuatu berlaku terhadap bayi itu menyebabkan hospital menghubungi polis bagi siasatan lanjut, katanya. M...